Saturday, June 21, 2008

Komen Anda

PPPRS memerlukan komen, cadangan dan didikasi anda, untuk menambahbaikan persatuan ini. PPPRS juga memerlukan idea-idea rekod baru daripada orang ramai untuk direalisasikan menjadi kenyataan.

Terima Kasih.

1 comment:

Anonymous said...

1.Saya mencadangkan PPPRS membuat promosi yang lebih banyak supaya lebih ramai yang akan menyertai persatuan ini.

2. Saya cadangkan PPPRS membuat rekod seperti berikut,

a. Khatam Al-Quran paling ramai.
b. Khatan paling ramai.
c. Debat Universiti 24 jam tanpa henti.
d. Gotong-royong membersihkan pesisir pantai paling ramai.

dan macam-macam lagi....

Bagi saya, kita janganlah membazir wang hanya sekadar berdiri diatas Menara KL untuk mencipta rekod...

Buat sesuatu yang melibatkan ramai orang dan memberi kesan mendalam kepada ahli...

Banyakkan aktiviti yang bersifat ilmiah dan keagamaan...

Kerana jika kita ingin menanam semangat cintakan negara, kita perlulah menerapkan ideologi utama negara iaitu Rukun negara melalui pengamalan dan pengaplikasian.

Saya harapkan Persatuan ini akan membuat sesuatu yang lebih bermanfaat berbanding sesuatu yang tidak bermanfaat..

Promosi Persatuan ini kepada mahasiswa universiti... Saya pasti melalui penglibatan mereka, persatuan ini akan lebih mantap dan menjadi salah satu penyumbang pembentukan modal insan dikalangan belia.

Terima kasih..

http://aliashim-albani.blogspot.com